Saturday, August 8, 2009

Maksud Tasnim Damia

bila saya cakap nama saya tasnim damia, ada yang cakap "sedap nama tu", "unik", "cantik nama. tak pernah dengar pun sebelum ni", dan macam macam lagi. tapi komen mereka tak habis di situ. selalunya akan ada soalan susulan yang berbunyi "apa maksud tasnim damia?"

ok. kat sini saya nak cerita sikit mengenai maksud nama saya. oh ya, sbelum tu, nama tasnim damia ni telah dipilih oleh papa dan mama saya. tak tahulah berapa lama papa dan mama ambik masa untuk pilih nama saya ni. tapi yang saya tau, nama TASNIM mama yang pilih. dan nama DAMIA papa yang pilih. makanya, disebalik nama saya, ada gabungan papa dan mama saya.:)

ok. berbalik kepada maksud nama saya.

maksud TASNIM ialah "air terjun dalam syurga", manakala maksud DAMIA ialah "kebijakkan,kecerdikan,keberkataan,".


Tasnim : Air terjun dalam syurga. Air sejuk yang mengalir untuk menghilangkan dahaga, merupakan suatu kesyukuran di atas nikmat Allah. Begitu jugalah dengan kurnian anak yang baik dapat menghiburkan hati ibu bapa dalam menghadapi dugaaan yang pelbagai di dunia yang serba mencabar ini.

Damia : Kebijakan. Anak bukan sekadar bijak tetapi memiliki kelembutan yang menawan hati sesiapa yang memandangnya. Bijak dalam mengatur hidup, lembut dalam ketegasan. Tidak mudah diperdayakan oleh sesiapa yang ingin mempermainkan dirinya.



kat atas tu penerangan maksud yang orang lain tulis tau. bukan saya tulis. penerangan yang saya jumpa kat internet.hehe.

oh ya. Tanim juga adalah nama lain kepada Al-Qausar.

2 comments: